Saturday, 20 April 2013

Ketupat

                                     
                                                                     Ketupat
Ketupat adalah sejenis daripada nasi yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. Ketupat terkenal di Malaysia,Indonesia serta beberapa negara Asia tenggara lain. Ketupat biasa dibikin semasa Hari Raya atau Hari Raya Haji. Ini adalah salah satu tradisional melayu. Pengalaman saya menganyam ketupat amat meletihkan dan susah kerana ia perlu banyak konsentrasi dan latihan.Dengan pengalaman ini,saya dapat menolong ibu untuk menganyam ketupat apabila Hari Raya tiba.Ibu tidak perlu pergi ke Geylang Serai untuk membeli ketupat yang sudahpun siap.Dengan pengalaman ini,saya dapat mengajar adik-beradik saya teknik-teknik untuk menganyam ketupat yang telah diajar.Dengan teknik-teknik ini,saya dan adik-beradik saya dapat menolong ibu untuk menganyam ketupat pada Hari Raya nanti.Saya tidak sabar untuk ketibaan Hari Raya.

Batik


                                       Batik
Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu,dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.Ini pengalaman pertama saya untuk membuat batik.Pada mulanya,saya berasa gementar kerana saya takut jikalau saya tersilap buat dan akan dimarahi.Tetapi,apabila diajar oleh seorang lelaki yang sedang menjaga tempat batik itu,saya rasa seperti saya sudah mahir dalam bidang batik.Saya berdoa dan berharap supaya Cikgu saya akan mengajar dan membenarkan kelas melayu saya untuk membuat batik kerana mereka semua kelihatan teruja apabila mereka dapat membuat batik buat pertama kalinya.

Bunga Manggar


                                       

                                       
                                                     Bunga Manggar
Bunga manggar merupakan satu hiasan yang penting dalam majlis keramaian orang-orang Melayu di Malaysia,seperti majlis perkahwinan dan lain-lain.Bunga manggar yang diperbuat daripada kertas berkilat berwarna-warni dianggap menambahkan meriah kepada majlis yang sedang berlangsung dan mengindahkan lagi permandangan latar majlis.Pengalaman saya untuk membuat bunga manggar sungguh menarik walaupun bunga manggar yang saya hasilkan itu tidak kelihatan menarik tetapi pengalaman itu membuat saya ingin membuat bunga manggar lagi.Ini adalah kali pertama saya membuat bunga manggar dan pada mulanya,saya rasa teruja.Dengan pengalaman ini,saya juga dapat mengajar saudara-mara saya cara-cara untuk membuatnya supaya kita boleh membantu makcik-makcik saya yang sedang membuat bunga manggar untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung.